JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak mendengar tetapi ia sentiasa bergetar
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak buta tetapi ia sentiasa melihat dan merasa
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak menyeksa tetapi ia sentiasa menguji
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak memaksa tetapi ia akan terus berusaha
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak cantik namun sentiasa menarik
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak datang dengan kata-kata malahan ia sentiasa dihampiri oleh hati
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak terucap oleh kata malahan ia sentiasa hadir dengan sinar mata
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak berjanji tetapi ia sentiasa cuba memenangi
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia mungkin tidak suci tapi sentiasa Harmoni
JIKA IA SEBUAH CINTA
Jika ia tidak hadir dengan perkataan Ia akan hadir dengan ketentuan
JIKA IA SEBUAH CINTA
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir
kerana pengorbanan dan kesetiaan
JIKA IA SEBUAH CINTA
Sudikah awak menerimanya drpd saya??
PERHATIAN:Khas untuk seseorang yang aku cintai....tiada cetak rompak n tolong jangan COPY..hanya untuk dia...LuvFIT