20 May 2012

KENAPA SUSAH MELUPAKAN CINTA PERTAMA?

Cinta pertama adalah satu anugerah dari Allah yang tidak dapat kita rasai buat kali kedua, ketiga dan keempat. Ianya datang hanya sekali seumur hidup di dalam kehidupan insan bernama manusia. Satu perasaan yang sangat indah yang pertama kali dirasai oleh insan. Itulah cinta pertama.

Namun ramai yang gagal dalam cinta pertama kerana kurangnya pengalaman dalam cinta. Pengalaman yang mengajar kita erti cinta dan cinta yang hadir itu perlu dijaga dan disuburi dengan penuh keikhlasan. Ramai yang beranggapan cinta pertama adalah sebuah cinta yang sangat ikhlas dan jujur jika dibandingkan dengan cinta kedua, ketiga dan seterusnya.



Beruntunglah sesiapa yang mempunyai cinta pertama dan terakhir kerana cinta itu adalah sesuatu cinta yang susah untuk dimiliki. Bukan senang mendapatkan sesuatu yang pertama dan terakhir. Hanya kesabaran dan kejujuran yang dapat mengekalkan cinta pertama itu sebagai cinta terakhir.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More